Thursday, July 19, 2012

ROS SILING


Ros siling ialah tempat sambungan penamat pendawaian tetap dan dari sana ia di sambungkan  ke kord  atau boleh lentur untuk sambungan ke beban seperti lampu,kipas siling dan sebagainya.Saiz piawai siling ros mengikut BS 67.

Ros siling ini tidak dibenarkan untuk kegunaan dipemasangan yang  lebih daripada 240 volt dan tidak boleh di pasang bersama-samanya lebih daripada satu keluaran kord kabel  boleh lentur kecuali ia dibuat khas untuk berbilang keluaran sahaja mengikut peraturan.

Kebiasaannya ros siling akan disambungkan pada pemegang lampu pendan iaitu penyuinya yang mana ros siling hanyalah sebagai penyambung kepada pemegang lampu batten.




Struktur Binaan Siling Ros :

1. Ia biasanya mempunyai 3 terminal untuk sambungan kabel
    litar dan kod boleh  lentur.

2. Ada juga ros silng yang hanya mempunyai 2 terminal iaitu live dan neutral sahaja.

3. Badan siling ros diperbuat daripada bahan penebat yang teguh
    iaitu bakelit untuk menahan suhu .